12 Dec 2014

Exam.study week . #dontgiveup

Bismillah

Ok , sebenarnya aq pown tak tau nak tulis ape . Tapi aq tulis je ea .?
Semalam bru lepas exam GIS , pergh ..susah gila kot .. Haha

Aq tak tau ape kondisi aq dalam exam hall tue tapi yang pasti org sebelah mesti tengok pelik je kat aq .. Haha .. Mana tak nya , kejap tido kejap bangun ,kejap tangan terangkat , aq tak tau ape yg aq study seminggu nie ,haha

It like , "what exactly i am studying , i dont even know how to answer every question ? "

But habis je exam .. Ape lagi , meraung la bila tengok result (hiperbola)..

Tpi ape yg aq pasti , *walaupun result teruk , aq rasa sekadar itu je mampu tuk usaha aq *

So , nak cakap mcm nie je senanya , kita da tak mampu nak merubah benda yg dah lepas tpi ape yg pasti jangan terlepas benda yg mendatang .. It not sure but if we try , InsyaAllah .


Ok , let keep study until the end .. Haha bai *selaklecturenote*

1 Oct 2014

My blog is not my world but definitely it is my diary . lol

Bismillah.

yet , i have many thing to write in this thing but something hold me from doing it so .

so , from now on ... ready to write , no one will read these so only me will remember these , haha ,, *syok sendiri 

many thing have been hold since my first travel . act, since i have been arrive in jordan .

everytime i got thing to say in this thing , 

yet , i will think that  im not good enough to write  blog 



always try to show a perfect but i can't and keep postpone it until now . 


it been 4 years and yet nothing i have been written in this blog ... hahaha
*lack of confident there bro 



believe me .

One thing that u must do before u move on in life . believe in yourself and it will be blast yo .. 

regards 
Insan biase.

23 Feb 2014

Unknown Journey Begin !





perjalanan 1 kilometer dri finsbury park station menunggu keajaiban , haha  
setibanya di emirates stadium setelah harapan bertemu orang melayu gagal . :P 

nie dah tak de kerja betul nie .

same place .different aperture

buckingham palace from close view .

setiap kedudukan patung dan struktur patung membawa ertinya yang sendiri,
maka sesiapa yang menpelajari maka dialah yang akan memahami.

view from garden near buckingham palace , Goring Great Garden (3G ) lol 

17 Apr 2013

Muhasabah diri



assalamualaikum...
aku tahu aku bukan orang yang paling layak bukan berkongsi apatah lagi memberikan kesedaran kepada sesiapapun kerana hakikat aku hambanya ,khilafnya beribu tak terkata.
kalau ditakdirkan nyawa dihentikan hari ini, aku rasa aku lah manusia yang akan meraung raung untuk kembali kedunia kerana aku sedar diri aku terlampau leka dek dunia.

cuma disini aku sekadar ingin berkongsi rasa, diri tersentak sebentar melihat video ini. 
hakikatnya kita semua  sedar bahawa kita akan dipertontonkan amalan, dihisab dan diberikan sama ada syurga ataupun neraka.

cuma kita sering lupa dan alpa kerana kita kadangkala tidak yakin dengan sepenuh hati.


tiada kata mampu ku ungkap, hanya satu saja ku pinta, lihatlah video ini buat diri kita sendiri, buat sekeping hati agar terus sedar tanggungjawab di dunia buat pengakhiran di sana 


25 Mar 2013

sejauh mana perlunya kita hidup ?

A : Ala,lama la x hupdate blog ..  tak ada idea nak tulis apa .
B : tu la, buat blog tu niat salah .

A : err , betul jugak kan ? kenapa aku buat blog ?
B : tepuk dada , tanya hati .


aku sebenarnya terlampau takut untuk bicara tentang matlamat , tujuan , dan yang sama waktu dengannya . sebab aku tau jawapan aku terlampau skema

 " aku nak jadi orang hebat , yg menegakkan panji islam kembali "

" jadi pemuda yang petah berkata , laju melontar idea , berkorban untuk agama , fikreah merentas masa , menbangun bersama agama dan masa ."


tapi itu hakikat yang menbentuk kita . matlamat kita yg utama "nak masuk syurga" .

cuba tanya siapapun atas dunia ni, sapa yg tak nak kebahagian ?
siapa yang tak nak masuk syurga bila dipertontonkan syurga kepadanya .

12 Jan 2013

Perbezaan

-bismillahirrahmannirrahim

melangkah berjalan kerana tahu,
menongkah hari esok kerana perlu,
bicara dicipta kerana tak bisu,
meluah isi hati agar tak membeku .

jiwa ini meronta ,
hidup dalam kegemilangan yang tak diminta,
ditolak ia hadir ,
diminta ia hilang,
lesap tanpa sebarang penjelasan.

tapi,
kini benak ku sedar akan hakikat diri,
sebagai hamba ,
dicipta memakmurkan dunia,
menabur bakti merancang masa,
namun sedar diri kamu itu tetap hamba.

setiap sesuatu tidak pernah wujud tanpa tujuan ,
tujuan mecipta jalan,
jalan menvariasikan kehidupan,
kehidupan menghasilkan buah fikiran,
bukan untuk memecah belahkan.
tapi saling melengkapkan .


hati ini sentiasa redha akan keputusan . hati ini cuma rasa bersalah,tatkala azam bertakhta di hati.diri ini terlalu hanyut dalam dunia sehingga arus dunia terus memakan seorang hamba :'( 

6 Dec 2012

Syukur bro !

...... pada suatu pagi yg  hening lagi indah , terpancar suria menerangi alam...
memulakan langkah bagi mencari rentak dan peluang sterusnya untuk
terus berlari di bawah langit terbentang luas.......melihat rama -rama  terbang
cukup mendamaikan hati . -ok.tipu.. jordan x pernah jumpa rama-rama agy..


eh .. eh ... eh ... jap ... apa aq merepek nie ... aduyai ...o.O

sebenarnya nak sapu dulu sawang2 kat blog nie... terlampau lama dan berzaman
dah x hupdate .... maklum la .. sejak dulu lagi ade penyakit nie ... chronic malas syndrome ...
punya lah payah na cari antidote dye ...

eh eh eh ... tengok ... dah merapu lagi ... macam mak nenek je ... x macho langsung.... :P


memerah keringat perlukan pengorbanan. dan pengorbanan bukan
bukan sebarangan orang yg mampu lakukan . :'(
ok... hari nie cuma nak kongsi sikit je .... x banyak... siyes x tipu... ok...
alkisahnya macam nie... satu hari saya  naik teksi ... biasa klu naik teksi nie  sembang la dengan
driver teksi tue , tanya khabar segala bagai dan yg sama waktu dengannya ..
.... saya selalu tanya camnie

"pakcik, mcm mana kerja hari ini ? "

tup2....

"khafif " pakcik tue jawab ... maksudnya sikit...(terbeliak mata saya dapat jawapan tue -ok,tipu )

saya pun tergamam dengan jawapan pakcik tue ... mana tak nye ... saya selalu je naek teksi then sembang
... selalunya saya tanya soalan nie... dowg akan cakap alhamdulillah ... walaupun saya paham .. x de la berada sangat kerja as pemandu teksi ... yg penting halal :)

nak dijadikan cerita ...

waktu turun tue saya buat macam biasa ... turun pastu bayar .. harga biasa sebab da biasa pergi tempat tue ...
tup2 ...pakcik tue minta lebih ...pergh... sikit main sakit hati lagi....

saya pown apa lagi .... tutup pintu n blah (ok... yg nie hiperbola ) :P

kowg dapat ke ape yg saya cuba sampaikan ...???

tuh la... nak cakap... kalau dalam setiap apa pown kita kene bersyukur dan yakin bahawa yg apa kita
dapat hari nie allah da tentukan yg terbaik untuk kita ...
kita patut bersyukur ...kita dapat melihat dunia dan langit ...
kita dapat bertatih dan berlari ... hatta bernafas sekalipun ...

jadi jangan atas alasan markah exam yg teruk ... kita tolak sifat bersyukur kita ..
INGAT !!

tidak allah turunkan hujan melainkan allah susuli dengan pelangi yg indah ..
hikmah allah ,suprise yg sangat best :P ~ grab it every moment that we can ...

ok .. nampak mcm da panjang sangat je ... sori ea... :)

~alamak ... biostat x start lagi ... yallah chow :)
Assalamualaikum




1 Jul 2012

DOKTOR.. doktor :)

doktor juga manusia... tapi manusia ini akakn terus berusaha untuk menjadi yang termampu sempurna :)

9 May 2012

bilakah akan tiba masanya ?

" bila dunia nie  akan berakhir ea.. ?"

" bila nak qiyamah , takutnya aq "

 persoalan ni buka satu yang akan kerana kita harus keberadaan di tempoh akhir zaman .

disaat bumi sudah tua, menunggu masa si israfil  meniup sangkakala .

tapi sejauh mana kita bersedia ?





Minor Sign of Al Qiyamah 

1 - Prevalence of ignorance

   "Ahead of The Hour there will be days in which knowledge is taken away and  
    ignorance will prevail " ( Riwayah Ahmad )

2- Disobedience to parents

   " Be good and dutiful to your parents " (6:151)

3- Spread of Indecency and violence

   " By the One in Whose hand is the solu of Muhammad, The Hour will not begin until
     indecency prevail... " ( Al Haakim)

4- Wishing for Death
 
   " No one of you should wish for death for some harm that befalls him " ( Riwayah
     Muslim)

   wallahualam :)



8 May 2012

kita juga mampu :)



mereka suatu dulu pernah memegang dunia , sekarang saat kita bangkit membawa cerita :) bersama semangat, azam dan usaha yang berterusan :)

PELUANG ?


" asyik2 kene belajar je, nak main pun susah , bilalah nak abis sekolah ? "

aku hampir lupa di mana dulu aku pernah mengalah, mengadu pada ummi saat masa main disekat kerana markah pekse yg teruk.. 

haha~ zaman kanak kanak yang penuh warna , tapi ku sering lupa akan sahabat ku ..

mereka yang ber'nasib baik' ,tidak perlu ke sekolah , x perlu memikirkan masalah kerja rumah , yang hadir pada akal mereka cuma makan , mandi , tidur untuk meneruskan hari esok ..


bersamamu itu satu kesabaran yang tinggi .

masalah mereka hanya pada mereka tapi aku lupa mereka menginginkan seperti ku , cita2 bukan sekadar meneruskan hidup tapi mereka juga mahu berjaya , apakan daya ..

"mereka ingin ke sekolah tapi aku ? "
" mereka ingin belajar tapi aku ? "

semua peluang itu ada pada aku, berseragam sekolah , rambut tersisir kemas. wangi , kemas sekali ...
duduk di kerusi kayu , cikgu datang padaku , tapi aku mahu lari dari semua itu..

sayangkan aku nie ... 

peluang depan mata dibiar macam tue je... 

tapi sekarang bukan lagi masa berduka .. tue semua kenangan lampau , sekuat mana ku cuba kejar, x kan ke destinasi  tapi yang ada di hadapan aku cuma masa hadapan .. aku PERLU untuk berjaya kerana aku nak memberi mereka yang ber'nasib baik itu peluang :) 


haha.. pengalaman sekolah cukup mendewasakan 
" Knowledge is power " - Sir Francis Bacon

3 Feb 2012

sudahkah kita teruji ...

Pernahkah kita merasakan kechiwa n rasa nak GIVE UP ...?
argh....banyaknye keje x siap agy ..!!


sebenarnya tu lah hakikat manusia... kita semua pernah kan even rasulallah s.a.w sendiri pernah merasainya..

semua orang tahu kan nabi pernah pergi ke taif sebelum ke madinah?



TA'IF 


datangnya rasullallah membawa cahaya,sesampainya di taif ,dihadap nya 3 orang ketua kaum,
rasulallah menyampaikan cahaya agar dikongsi bersama menerangi kegelapan..



tapi, apa yang rasulallah dapat sebagai jawapan 


"Allah telah mengoyak tirai kaabah jika engkau sebagai utusan NYA."

"x de orang lain ke ?!"

"demi ALLAH aku tidak mahu bercakap dengan kau,jika kau utusan ,maka merbahaya untukku menjawab soalan kau,sekiranya kau dusta,rasanya x perlu ku membazir tenaga "


amacam?pernah ditohmah macam nie..?tutur yang baik dibalas sebigini cara..

tapi rasuallah sabar...10 hari dihabiskan di ta'if, xde seorang yang memberi 'green light'..



malahan dowg buat 'red carpet' yang terdiri dari

mereka sendiri,setiapnya memegang batu untuk dilontar pada rasulallah..

sehingga berlumuran darah kasut baginda.setelah zaid bin harithah membentengkan badannya.

dan terpaksa berlindung di sebuah tembok.maka berdoa rasulallah


"ya tuhanku,kepada engkau ku mengadu hal kelemahan tenagaku,kekurangan kemampuanku,kehinaanku di hadapan manusia.wahai tuhan yang maha penyayang lagi belas kasihan.dikaulah tuhan golongan dhaif dan lemah.dikaulah tuhanku,kemana lagi kau mahu serahkan ku?kepada orang jauh yang membenciku?kepada musuh yang kau telah beri kuasa mengatasi daku?dan tiada kemarahan kau ke atas ku,tiada lah ku peduli,namun kurniaan  lebih luas bagiku,ku berlindung di bawah cahaya mu......................."


datanglah 'addas,hamba suruhan pemilik tembok lindungan sementara nabi itu,diberi anggur,dan "bismillah" diungkap menjadi asbab pengislamannya

seterusnya rasulallah pulang ke makkah,tibanya di Qarn al-manazil,jibril datang bersama para malaikat penguasa gunung dengan utusan

"sesungguhnya allah telah mendengar kata2 kaum mu itu dan segala jawapannya,oleh itu allah sudah mengutus malaikat penguasa gunung untuk kau perintah kan buat kaum mu itu,"

salam diucapkan seraya berkata malaikat itu

"wahai muhammad,itu dia bukit2,jika kau mahu,aku terlangkupkan mereka denga dengan bukit al-akhsyabain(bukit abu qubais dan bukit qaiqa'an)"

kalau kita disini..apa yang kita lakukan setelah terhidang di depan mata apa yang sememangnya hati kita mahukan...peluang ada,trauma pun sudah..


Jawab RASULALLAH




"tapi apa yang ku harapkan ialah agar allah mengeluarkan ZURIAT dari keturunan mereka itu benih -benih yang akan megesakan allah yang esa tanpa ada sekutunya "

ALLAHUAKBAR...betapa hebatnya jawapan,mungkin kita x semampu itu tapi pernah kita diuji sehebat itu........

UJIAN nie macam naik tangga,makin tinggi anak tangga yang kita naik,makin sakit kalau jatuh merebah bumi...


iman yang kental,ujian nya makinlah kental....


iman yang umpama asap,maka ujiannya hanyalah habuk..

maka muhasabah diri kita.....



1 Feb 2012

HIDUP nie hanya sekali,jom kite ENJOY !!

"shussh...jalan perlahan2...nanti atok dengar kita keluar"

"kriuk...kriuk"

"sapa ada dok bawah tanah tu !"




"alamak...atok da dengar..jom lari ..."waktu tu abang dah cabut dulu.kaki ayam pun jadi la..kite sorang je kene piat telinga dek atok...aduiiihh...

macam tu lah kenangan dulu...menjengah aku saban hari..meminta diulangi..
tapi aku sedar kakiku kini berada di bumi ALLAH........



"bukan nya MIMPI."


"kan best kalau ade mesin masa,boleh pergi masa depan" budak2 kan...nak sangat rasa dewasa.. :)
macam cerita doraemon dulu...masuk laci je pun...~

hahaha :D 


tapi sekarang,buka mata bukan lagi TV yg ade cerite dragon ball yg menjemput..

kelas2...kenape ganggu idup aku? :O
KELAS yg beratur panjang untuk ku hadiri....ASSIGNMENT yg perlu ku lengkapi...~

kawan aku pernah tanya pada kawan yg lagi satu :D

" untuk apenye kita hidup?"


"eleh...x kan itu pown nak tanye...nak berjaya ar"


"berjaya ape ea..??"

"berjaya dalam pekse ar.."


"apekah PEKSE sebenarnye?"

"alah...UPSR,PMR,SPM n sepupu sepapat dye lah...malas aku nak terang"


"pastu ape,MATI...pastu ape kite nak cakap lepas bangun balek nanti?"


"kite cakap da study,da kahwin..ikut sunnah kan "


"abes..kawan kite yg len??"

"kubur kan masing2 kan......"




PEKSE manusia = hamba ALLAH...setiap DETIK..setiap air milo yang dihirup... ~ rindu milo ~

ade ketas pekse tuk kite...pekse amali gitu..tukang catit ade kiri kanan..

cme ade mase tengok balek ketas n cube untuk btulkan selagi bdan dikandung nyawa :)

sweet kan ALLAH :)  pekse dye x yah penat menulis.......

bagi buku rujukan siap bleh tgok lagi... :D  x pernah marah pun sape nak meniru :D

x susah macam SPM kan... :))))

so...ENJOY lah kehidupan ini...

bergembiralah di bawah kalimah



"aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH,
nabi muhammad pesuruh ALLAH"


6 Aug 2011

ntah....

terkadang aku cuba MUHASABAH diri..


terasa sekejap,hilangnya lama...


lemas aku dalam kemegahan dunia....


tatkala itu hilangnya nilai diri sebagai HAMBA....


selalunya UJIAN menjadi pendorong...


hati yang megah terasa lemah....


namum sukarnya untuk kerendahan hati ini kekal....


kerana manusia ini mudah LUPA...