17 Apr 2013

Muhasabah diri



assalamualaikum...
aku tahu aku bukan orang yang paling layak bukan berkongsi apatah lagi memberikan kesedaran kepada sesiapapun kerana hakikat aku hambanya ,khilafnya beribu tak terkata.
kalau ditakdirkan nyawa dihentikan hari ini, aku rasa aku lah manusia yang akan meraung raung untuk kembali kedunia kerana aku sedar diri aku terlampau leka dek dunia.

cuma disini aku sekadar ingin berkongsi rasa, diri tersentak sebentar melihat video ini. 
hakikatnya kita semua  sedar bahawa kita akan dipertontonkan amalan, dihisab dan diberikan sama ada syurga ataupun neraka.

cuma kita sering lupa dan alpa kerana kita kadangkala tidak yakin dengan sepenuh hati.


tiada kata mampu ku ungkap, hanya satu saja ku pinta, lihatlah video ini buat diri kita sendiri, buat sekeping hati agar terus sedar tanggungjawab di dunia buat pengakhiran di sana 


25 Mar 2013

sejauh mana perlunya kita hidup ?

A : Ala,lama la x hupdate blog ..  tak ada idea nak tulis apa .
B : tu la, buat blog tu niat salah .

A : err , betul jugak kan ? kenapa aku buat blog ?
B : tepuk dada , tanya hati .


aku sebenarnya terlampau takut untuk bicara tentang matlamat , tujuan , dan yang sama waktu dengannya . sebab aku tau jawapan aku terlampau skema

 " aku nak jadi orang hebat , yg menegakkan panji islam kembali "

" jadi pemuda yang petah berkata , laju melontar idea , berkorban untuk agama , fikreah merentas masa , menbangun bersama agama dan masa ."


tapi itu hakikat yang menbentuk kita . matlamat kita yg utama "nak masuk syurga" .

cuba tanya siapapun atas dunia ni, sapa yg tak nak kebahagian ?
siapa yang tak nak masuk syurga bila dipertontonkan syurga kepadanya .

12 Jan 2013

Perbezaan

-bismillahirrahmannirrahim

melangkah berjalan kerana tahu,
menongkah hari esok kerana perlu,
bicara dicipta kerana tak bisu,
meluah isi hati agar tak membeku .

jiwa ini meronta ,
hidup dalam kegemilangan yang tak diminta,
ditolak ia hadir ,
diminta ia hilang,
lesap tanpa sebarang penjelasan.

tapi,
kini benak ku sedar akan hakikat diri,
sebagai hamba ,
dicipta memakmurkan dunia,
menabur bakti merancang masa,
namun sedar diri kamu itu tetap hamba.

setiap sesuatu tidak pernah wujud tanpa tujuan ,
tujuan mecipta jalan,
jalan menvariasikan kehidupan,
kehidupan menghasilkan buah fikiran,
bukan untuk memecah belahkan.
tapi saling melengkapkan .


hati ini sentiasa redha akan keputusan . hati ini cuma rasa bersalah,tatkala azam bertakhta di hati.diri ini terlalu hanyut dalam dunia sehingga arus dunia terus memakan seorang hamba :'(