12 Jan 2013

Perbezaan

-bismillahirrahmannirrahim

melangkah berjalan kerana tahu,
menongkah hari esok kerana perlu,
bicara dicipta kerana tak bisu,
meluah isi hati agar tak membeku .

jiwa ini meronta ,
hidup dalam kegemilangan yang tak diminta,
ditolak ia hadir ,
diminta ia hilang,
lesap tanpa sebarang penjelasan.

tapi,
kini benak ku sedar akan hakikat diri,
sebagai hamba ,
dicipta memakmurkan dunia,
menabur bakti merancang masa,
namun sedar diri kamu itu tetap hamba.

setiap sesuatu tidak pernah wujud tanpa tujuan ,
tujuan mecipta jalan,
jalan menvariasikan kehidupan,
kehidupan menghasilkan buah fikiran,
bukan untuk memecah belahkan.
tapi saling melengkapkan .


hati ini sentiasa redha akan keputusan . hati ini cuma rasa bersalah,tatkala azam bertakhta di hati.diri ini terlalu hanyut dalam dunia sehingga arus dunia terus memakan seorang hamba :'(