17 Apr 2013

Muhasabah diri



assalamualaikum...
aku tahu aku bukan orang yang paling layak bukan berkongsi apatah lagi memberikan kesedaran kepada sesiapapun kerana hakikat aku hambanya ,khilafnya beribu tak terkata.
kalau ditakdirkan nyawa dihentikan hari ini, aku rasa aku lah manusia yang akan meraung raung untuk kembali kedunia kerana aku sedar diri aku terlampau leka dek dunia.

cuma disini aku sekadar ingin berkongsi rasa, diri tersentak sebentar melihat video ini. 
hakikatnya kita semua  sedar bahawa kita akan dipertontonkan amalan, dihisab dan diberikan sama ada syurga ataupun neraka.

cuma kita sering lupa dan alpa kerana kita kadangkala tidak yakin dengan sepenuh hati.


tiada kata mampu ku ungkap, hanya satu saja ku pinta, lihatlah video ini buat diri kita sendiri, buat sekeping hati agar terus sedar tanggungjawab di dunia buat pengakhiran di sana 

video